BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 9 Oktober 2010

memuliakan tetamu

pada suatu hari,seorang lelaki miskin datang ke rumah Rasulullah s.a.w meminta makanan.Lalu baginda mengkhabarkan hal itu kepada salah seorang isterinya.Jawab isteri baginda:"Ya Rasulullah,sesungguhnya ketika ini kami tidak mempunya apa-apa kecuali air." Lalu baginda pergi menemui isteri-isterinya yang lain,tetapi semuanya tidak mempunyai sesuatu makanan pun untuk dijamu kepada tetamu tersebut.Oleh sebab tetami itu sangat kelaparan,baginda pun menawarkan kepada para sahabatnya yang kebetulan hadir sambil berkata:"sesiapa mahu menjamu tetamu pada malam ini pasti Allah akan merahmatinya."Tiba-tiba seorang lelaki daripada golongan Ansar bangun dan berkata:"aku,ya Rasulullah!maka lelaki Ansar itu pulang ke rumah menemui isterinya dan berkata:"adakahsesuatu pada malam ini?pada malam ini aku telah diberi tugas oleh Rasulullah agar menjamu tetamu."isterinya menjawab:"baiklah,tetapi tidak ada sesuatu makanan pun kecuali makanan persediaan untuk anak-anak kita."lalu lelaki itu membalas:"biarlah,tenangkan anak-anak dengan sesuatu.jika mereka hendak makan malam usahakanlah supaya mereka tidur."bagaimana caranya kita menjamu,sedangkan makan yang tinggal terlalu sedikit,hanya cukup untuk seorang dewasa?"tanya isterinya."sekiranya tetamu kita masuk nanti dan kamu sediakan hidangan,berpura-pura tangan kamu tersentuh lampu hingga padam.ketika itu persilakanlah tetamu kita makan dan kemudian aku makan bersamanya walaupun aku hanya berpura-pura kenyang,:balas suaminya.apa yang dirancang itu benar-benar dilaksankan.keadaan berterusan hinggalah tetamu itu selesai makan dengan kenyang,manakala suami isteri itu pula menahan lapar semalaman suntuk.pada keesokan paginya,lelaki Ansar itu menemui Rasulullah.belum sempat dia berkata-kata,Rasulullah bersabda:"Allah benar-benar kagum di atas perbuatan kamu berdua terhadap tetamu itu".

0 comments: